Menu
Royalti_minyak_Petronas Misteri kehilangan royalti minyakPada 22 Mei 2008, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu. Mohd Fauzi Abu Samah selaku ketua Mampat mempersoalkan 'kehilangan' RM3 bilion royalti Terengganu. Jika royalti tersebut digunakan untuk membina Menara Petronas, Litar Sepang, Putrajaya dan lain-lain, maka rakyat Terengganu perlu dimaklumkan dan mendapat faedah langsungnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Amirsham Aziz mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa negeri Terengganu menerima RM7.3 bilion daripada Petronas. Tetapi Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said menjelaskan bahawa Terengganu hanya menerima RM4.3 bilion sahaja selama tiga tahun bermula 2004 - 2008. Kerajaan negeri Terengganu hanya dimaklumkan sebanyak RM1.3 bilion diberikan kepada Terengganu pada setiap tahun.[perlu rujukan]
Pada April 2008, Ahmad Said menggesa wang royalti 5 peratus diserahkan kembali kepada Terengganu daripada kerajaan persekutuan. Sejak PAS memerintah Terengganu pada 1999, wang ini ditadbir oleh kerajaan pusat mulai 2000 dengan nama Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih popular disebut "Wang ehsan". [3]
Menu
Royalti_minyak_Petronas Misteri kehilangan royalti minyakBerkaitan
Royal Knights Royal Secret Agent Royalti minyak Kelantan Royalti minyak Petronas Royal Canin Royal Selangor Royal College of Surgeons di Ireland Royal Bank of Canada Royal Imtech N.V. RoyaltiRujukan
WikiPedia: Royalti_minyak_Petronas http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.malaysiakini.com/news/102461 http://www.malaysiakini.com/news/83282 http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?i... http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_c...